Halaman

Rabu, 9 September 2009

SASTERA RAKYAT

Sastera Rakyat ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara lisan iaitu dipertuturkan. Sastera rakyat merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan dituturkan daripada satu genarasi ke satu genarasi secara lisan. Sastera Rakayat dilahirkan dikalangan rakyat yang tidak mengetahui tulisan. Oleh itu, sastera rakyat disebut juga sastera lisan atau ‘folk literature’.

Masyarakat Melayu yang menghasilkan sastera lisan masih bersifat tradisional, ketinggalan dari segi teknologi, masyarakat yang masih mengamalkan system sosial yang terikat kepada semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat yang masih static serta tidak banyak hubungan dengan masyarakat luar.

Hasil kesusteraan ini diwarisi melalui proses transmisi yang dipertuturkan daripada genarasi yang terdahulu dan dianggapkan oleh anggota-anggota masyarakat itu sebagai hak milik mereka bersama dan menjadi sebahagian daripada tradisi masyarakat mereka. Sebab itulah sastera lisan ini tidak diketahui nama pengarang atau penulisanya. Juga tidak diketahui bilakan ia dicipta. Sebagai sastera yang tersibar secara lisan sastera lisan banyak mengalami perubahan dan tokok tambah serta penyesuaian. Tokok tambah dan penyesuaikan dilakukan bagi menyesuaikan cerita tersebut dengan situasi setempat.

Perubahan masa dan zaman membawa perubahan kepada corak penyebaran secara lisan. Pada masa kini, hasil-hasil sastera lisan telah dibukukan. Tradisi lisan yang mencirian kaya-karya sastera lisan telah menerima perubahan kepada bentuk bertulis. Sungguhpun begitu, cirri-ciri lisan itu masih jelas wujud salam coraknya yang baru malah mempunyai cirri yang tersendiri. Kuta boleh membaca cerita-cerita rakyat ini melalui buku-buku tulisan.

CIRI-CIRI UMUM SASTERA RAKYAT/LISAN

1. Penyebaran Secara Lisan

Penyebaran dan pewarisan sastera rakyat biasanya dilakukan secara lisan. Hasil-hasil karya ini berkembang atau disampaikan dari seorang-seorang, dari satu genarasi ke satu genarasi san seterusnya melalui pertuturan. Dengan kata lain, sastera rakyat berkembang tidak melalui media tulisan.

Sastera rakyat diwariskan kepada genarasi yang seterusnya, dari satu zaman ke satu zaman berikutnya, dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara lisan. Dalam proses penurunan inilah berlakunya tokok tambah, penyesuaian, perubahan pada bahagian-bahagian tertentu cerita untuk disesuaikan dengan kehendak situasi setempat.

2. Menjadi Hak Milik Bersama Masyarakat.

Ia dianggap sebagai milik masyarakat kerana tidak pernah diketahui siapakah pengarangnya. Karya-karya sastera rakyat telah diketahui ada dalam masyarakat Melayu seolah-olah karya-karya itu dihasilkan bersama. Tidak diketahui tarikh yang tepat bilakah masanya ia dikarang. Sebab itulah hasil-haisl sastera rakayat tidak disertakan nama pengarang.

3. Lahir dalam masyarakat Melayu yang masih belum mengenal huruf

Ia dihasilkan dalam masyarakat yang masih bersifat tradisional, ketinggalan dari segi teknologi dan dalam suasana masyarakat yang kuat mengamalkan system sosial yang terikat kepada semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat yang masih bersifat static serta masih “tertutup”.

4. Bersifat Sejagat (Universal)

Jenis sastera rakyat terdapat dalam masyarakat melayu dipercayai wujud juga dalam masyarakat lain di dunia. Ia membawa mesej yang boleh diterima oleh masyarakat sejagat. Terdapat banyak persamaan dari segi corak dan isi cerita sastera rakyat Melayu dengan corak dan isi cerita rakyat yang dimiliki oleh masyarakat lain itu.

Contoh:

Cerita orang Perancis meminta tanah dalam masyarakat Red Indian dan dalam masyarakat Melayu, orang Belanda minta tanah.

5. Berfungsi menghiburkan

Hasil-hasil sastera rakyat kaya dengan unsur humur/lucu. Sebab itu fungsinya untuk mengibur dan mendatangkan kegembiraan kepada pendengar-pendengar. Dia sampaing itu terdapat juga unsur kritikan sosial dan unsure pengajaran terutama kanak-kanak.

Oleh sebab kehidupan masyarakat tradisional ini tidak mempunyai media untuk member hiburan kepada anggota-anggota masyarakat, cerita-cerita diciptkan salam bentuk seni sastera untuk menarik perhatian.

Masyarakat menghabiaskan masa rehat mereka untuk mendengar cerita-cerita lisan atau mendengar cerita-cerita yang disampaikan oleh tukang-tukang cerita. Penat lelah bekerja pada waktu siang terubat dengan mendengar kehebatan, kecantikkan, kesaktian kisah anak-anak raja yang sangat istimewa itu. Begitu juga dengan cerita-cerita jenaka. Unsure-unsur lucu yang ditimbulkan dalam cerita-cerita jenaka dengan pelbagai betuk kelucuan member kegembiraan dan geli hati yang membawa mereka ketawa kegirangan.

Pantun pula dituturkan dengan tujuan untuk mengusik khususnya diantara dara dan teruna dan juga diselitkan unsur-unsur kelucuan untuk menghiburkan hati.

6. Mempunyai logika sendiri

Hasil-hasil sastera lisan mempunyai logic yang tidak sesuai dengan logika umum.

7. Bersifat senderhana dan seadanya, terlalu spontan dan kadang-kala kelihatan kasar seperti yang terlihat pada anekdot dan sebahagian cerita jenaka.

8. Sebagai cerminan corak hidup masyarakat Melayu.

Melalui hasil-hasil karya sastera rakyat, terselit gambaran tentang adat-istiadat, system kepercayaan, nilai dan aspirasi masyrakat. Misalnya cerita tentang raja, wira atau pahlwan sesuatu bangsa yang diwarisi. Melalui pantun, peribahasa dan cerita0cerita lisan jelas menggambarkan tentang nilai-nilai, sikap dan falsafah hidup masyarakat yang mendungki karya-karya tersebut.

9. Berbagai-bagai versi.

Kerana sifat kelisanannya cerita rakyat wujud dalam berbagai-bagai versi Proses penyebaran yang melalui pertuturan tekah mengakibatkan berlakunya perubahan dan penyesuaian yang akhirnya melahirkan versi-versi yang berbeza. Sunggupun berlaku perubahan dan penyesuaian, namun ia berlaku secara luaran sahaja.

JENIS-JENIS SASTERA RAKYAT

1. Sastera Rakyat berbentuk cerita (kisah atau naratif)

2. Sastera Rakyat berbentuk bukan cerita (bukan kisah atau bukan naratif)

1. Sastera Rakyat Berbentuk Cerita

i. Mitos

ii. Lagenda

iii. Cerita Rakyat

a. Cerita Penglipurlara

b. Cerita Bintang

c. Cerita Jenaka

d. Cerita Hantu dan Teladan

e. Cerita Asal Usul

2. Sastera Rakyat Berbentuk Bukan Cerita

i. Pantun

ii. Gurindam

iii. Teka-Teki

iv. Mantera, Jampi dan serapah

v. Peribahasa

vi. Bahasa Berirama

FUNGSI SASTERA RAKYAT

1. Sebagai Hiburan

2. Sebagai Alat Mengajar dan Mendidik

Hasil-hasil sastera rakyat mengandungi unsure pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat tradisi. Cerita-cerita rakyat ini terselit nasihat, pengajaran, teladan yang sangat berguna. Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam cerita-cerita binatang.

Melalui cerita-cerita “Si Tanggang” anak-anak dididik agar tidak derhaka kepada kedua orang tua kerana anak dididik agar tidak akan selamat hidup di dunia dan akhirat. Begitu juga dalam cerita-cerita roman, ditonjolkan sifat kestiaan kepada pemimpin, sikap dan amalan gotong-royong, kerjasama dan tolong-menolong yang banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam mengujudkan sebuah masyarakat yang hormoni dan sejahtera.

3. Sebagai Alat Mengkritik

Ia juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan dan sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita-cerita jenaka seperti cerita Pak Kaduk, jelas menyindir golongan berkuasa yang bersikap zalim, tamak, pentingkan kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan hidup rakyat jelata. Melalui cerita Pak Pandir, Lebai Malang, juga terselit unusr-unsur sindiran terhadap orang yang tamak, kedekut, gilakan dan orang-orang yang sering mengambil kesempatan atas diri orang yan lemah semata-mata untuk kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri.

4. Sebagai Alat Perhubungan dan komunikasi

Sastera rakyat, terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat perhubungan yang paling penting berbentuk puisi menjadi alat perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam adat perkahwinan, orang-orang Melayu menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi, anatara wakil pihak pengatn lelaki dengan pihak pengantin perempuan. Pantun digunakan sewaktu adat merisik berlangsung, adat meminang dan ketika majlis persandingan.

5. Sebagai Kata Adat, Peraturan dan Pantang Larang.

Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undang-undang atau peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah kata-kata tersebut menjadi pantang larang dalam masyarakat.

Penutur sastera rakyat dapat dibahagikan kepada DUA golongan:

1. Golongan Professional

Penutur professional dikenali sebagai:

i. Selampit (Kelantan)

ii. Penglipurlara (Perak)

iii. Awang Belanga (Kedah)

iv. Awang Batil (Perlis)

2. Golongan Rakyat Biasa

Mereka termasuklah siapa sahaja seperti ibu, bapa atau nenek yang menuturkan sastera ini kepada anak atau cucu merea. Biasanya yang dituturkan oleh mereka ialah Cerita Bintang, Cerita Tauladan dan juga cerita hantu-hantu Peeri dengan tujuan untuk mrlarang kanak-kanak daripada keliaraan.

Cara Bercerita:

i. Bercerita

ii. Bercerita dan berlagu

iii. Bercerita dan berlagu dengan diiringi alat bunyi-bunyian. Semasa bercerita dipentingkan intonasi, nada dan irama untuk menarik perhatian pendengar.