Halaman

Rabu, 12 Mei 2010

Legenda

Definasi: Lagenda dikenali sebagai dogengan sejarah, kerana cerita lagenda selalunya mengenaii seseorang tokoh yang terkenal pada sesuatu tempat. Masyarakat percaya bahawa tokoh tersebut pernah hidup dan wujud dalam sejarah. Kebenaran sejarah cuba dibuktikan dengan mengaitkan beberapa kesan ditempat tersebut yang menarik dan memang wujd hingga masa sekarang. Tokoh lagenda merupakan tokoh seorang pahlawan yang tidak ada tolok bandingannya. Dari itu tokoh ini diberi sepenuh kebanggaan masyarakat setempat. Tokoh ini amat istimewa mempunyai kelebihan yang tinggi dan bersifat kudus serta suci.

Pengolongan Tokoh Legenda

Terdapat beberapa jenis tokoh lagenda yang digolongkan kepada:

i. Legenda Kepahlawanan

Terdiri daripada Hang Tuah, Tun Perak, Tun bija Sura. Mereka merupakan tokoh pahlawanan terbilang zaman kerajaan mereka.

ii. Legenda Keagamaan

Tokoh Nabi dan alim ulama Islam. Nabi Khaidir, Nabi Yusuf, Sayyid Abdul Aziz.

iii. Legenda Pejuang Negara

Datok Bahaman, Tok Janggut, Panglima Hitam, Dol Said Naning.

iv. Legenda Antarabangsa

Nabi Sulaiman, Iskandar Zulkarnain, Puteri Balkis, Saidina Ali.

v. Legenda Lain-lain (setempat (nusantara))

Puteri Saadong, Puteri Dayang Bunting, Mahsuri.

vi. Legenda Pendosa

Si Tanggang, Nahkoda Manis, Malin Kundang.

I. Contoh: Legenda Kepahlawan

Keistimewaan Hang Tuah seorang pahlawan terbilang, tidak ada pahlawan lain yang boleh menandingi keperwiraannya, sangat berani, sejak berumur 10 tahun bersama rakannya.

ü Berjaya mengalahkan lanun.

ü Berjaya menyelamatkan Bendahara Melaka (Tun Bija Sura) dengan mem yang bunuh orang mengamuk dengan sebilah kapak.

ü Bijak bermain senjata, kelebihan luar biasa, memiliki keris Taming Sari dan tidak lut (kebal) bermain senjata.

ü Sangat taat setia kepada raja. Misalnya melarikan Tun Teja dari Pahang.

ü Hang Tuah seorang diplomat, wakil kerajaan Melaka bijaksana, boleh bertutur dalam berbagai bahasa, pernah dihantar ke China, Keling, Siam dan Rom.

ü Mempunyai paras rupa yang lawa, gilang-gembilang, ramai wanita tergila-gilakan Hang Tuah.

II. Contoh : Legenda Keagamaan

Keistimewaan nabi Khaidir seorang Nabi yang mempunyai kebolehan luar biasa dan tidak ada tandingannya. Kisah Nabi Khaidir ada disebut dalam sejarah Melayu.

ü Nabi Khaidir mewalikan perkahwinan Raja Iskandar Zulkarnain dengan Puteri Syahrul Beriah.

ü Ia mempunyai kebolehan – mengetahui perkara yang berlaku pada masa akan dating atau hal yang menimpa yang tidak mungkin dijangka oleh manusia biasa dengan pandangan dan fikiran biasa. Misalnya Kisah Nabi Khaidir meminjam sebuah perahu untuk menyeberang sungai. Apabila ia sampai ke seberang, Baginda telah memecahkan perahu orang itu. Apabila ditanya mengapa Baginda telah mengkhianti perahu orang itu, maka Nabi Khaidir menyatakan bahawa jika perahu itu tidak dimusahkan ia akan digunakan oleh penyamun-penyamun ke seberang sungai untuk merompak dan menyamun. Sebelum berlaku perahu itu perlu dimusnahkan jelas kelebihan Nabi Khaidir.

III. Contoh: Lagenda Pejuang Negara

Keistimewaan Datok Bahaman – terkenal dengan kepahlawanan dan keberanian yang tinggi dalam menentang perlaksaan system Resident British di Pahang. Beliau tidak gentar berjuang. Ia mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi dan dikatakan tidak lut senjata (kebal).

IV. Contoh: Lagenda Setempat

Keistimewaan Mahsuri – lebih daripada manusia biasa. Darah Mahsuri berwarna Putih. Sumpahan Mahsuri berlanjutan dan dipercayai benar terjadi – Pulau Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama 7 keturunan.

Fungsi Cerita-cerita Lagenda

Terdapat beberapa fungsi cerita-cerita legenda dalam masyarakat Melayu:

1. Untuk menguatkan / mengukuhkan kepercayaan anggota masyarakat terhadap sesuatun tokoh dan peristiwa yang bercorak sejarah.

2. Sebagai kebanggaan dan dijadikan teladan dan panduan kepada masyarakat tentang kepahlwanannya dan kegagahannya. Misalnya, tokoh Hang Tuah menjadi kebanggaan bangsa Melayu; kata-kata Hang Tuah ”Tak Melayu Hilang Didunia’ menjadi sebutan orang Melayu.

3. Untuk menyanjungi keturunan tokoh-tokoh legenda sebagi orang yang gagah dan mulia.

4. Untuk mengingati serta mengenang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam masyarakat melayu seperti keagongan kesultanan Melayu Melaka.

5. Untuk dijadikan sebagai idola/ modal seorang pahlawanan dan pemimpin bangsa untuk dicontohi oleh masyarakat.

6. Untuk menguatkan keyakinan orang Melayu terhadap agama Islam (khasnya cerita-cerita legenda pengaruh Islam. Disamping itu untuk menggantikan legenda yang bersumber dari kepercayaan hindu-buddha).

7. Sebagai media untuk pendidikan bagi masyarakat melayu tradisional, khasnya cerita-cerita lagenda Pendosa. Biasanya cerita-cerita ini bersifat didaktik untuk menjadi ingatan dan teladan kepada anak-anak supaya tidak melakukan penderhakaan kepada ibubapa.

8. Fungsi cerita-cerita legenda juga bertujuan menjdai teladan kepada ibubapa agar tidak harus menunjukkan rasa kasih yang berlebihan kepada anak, terutama anaka tunggal. SIkap ibubapa ini akan membawa kesan buruk kepada jiwa anak-anak.

Kesimpulan:

Tokoh-tokoh legenda dengan memasukkan unsur-unsur metos, dogeng dengan tujuaan membesar-besaran keistimewaannya. Menunjukkan kelebihan tokoh sehingga menjadi kebanggaan – bertujuan sebagai teladan dan panduan kepada masyrakat – kemudian menjadi wira kebangsaan yang dibanggakan.

Rujukan: Nota

Selasa, 11 Mei 2010

CERITA PENGLIPURLARA

DEFINIASI: Cerita-cerita yang mengandungi unsure pengembaraan (adventure) anak-anak raja. Ia mengisahkan cerita-cerita mengenai Raja-raja atau golongan istana dengan segala gambaran keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian-kejadian yang luar biasa (supernatural).

Cerita penglipura disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang memiliki keistimewaan dan kelebihan menyampaikan isi cerita.

· Menggunakan berbagai-bagai cara bagi menarik hati pendengar mengikut cerita dari awal hingga akhir.

· Menggunakan / memainkan alat-alat bunyian sambil bercerita seperti menggesek selampit, memukul gendang , bermain rebab, bercerita mengikut irama bunyian yang dimainkan.

· Pendengar tertarik bukan sahaja kerana suara tukang cerita yang merdu, tetapi berbagai gaya dan lagu, cerita bagi menggambarkan suasana ada riang, sedih, marah, pujuk rayu dan sebagainya.

· Tukang cerita penglipura bebeza dan peranan mengikut daerah atau negeri.

Ø Negeri Kelatan – Tok Selampit bermain alat bunyian rebana.

Ø Kedah – Awang Batil.

Ø Perak – Penglipura.

Ø Selangor – Awang Belanga.

Ø Minangkabau (Indonesia) – Tukan Kaba.

Ø Brunei – Diandangan (alat bunyian – Dombak)

Nama Teks atau Karya Penglipura yang telah dibukukan.

Cerita-cerita penglipura berasal dari sastera lisan, nama cerita-cerita penglipura atau hikayat telah dibukukan. Usaha membukukan oleh Pawang Ana dan menantunya Mir Hassan. Di antaranya:

1. Hikayat Malim Deman.

2. Hikayat Awang Sulung Merah Muda.

3. Hikayat Malim Dewa / Anggun Cik Tunggal.

4. Hikayat Raja Budiman.

5. Hikayat Seri (Raja) Rama.

Cerita penglipura dalam bentuk hikayat terdapat juga dari Minangkabau.

1. Cerita Sabai Nan Alutih

2. Cerita Si Umbut Mudo.

3. Cerita Nan Tunggak Magik Jabang.

Cerita-cerita penglipura terkenal dalam masyarakat Melayu yang telah dibukukan:

i. Hikayat Raja Budiman.

ii. Hikyat Selampit

iii. Raja Dewa Dari Kelantan.

iv. Cerita Awang Gembang.

v. Cerita Mahadong Bingsu (Terengganu).

vi. Cerita Raja Muda Setangkai Ali

CIRI –CIRI UMUM CERITA PENGLIPURA

Umumnya struktur cerita penglipura terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

a) Bahagian Pengenalan

Cerita penglipura akan mengisahkan sebelum belaku pengembaraan.

Mengenai Kelahiraan putera-puteri raja dan kehidupan puteri-piteri raja zaman kecil / kanak-kanak, dipenuhi dengan kejadian yang luar biasa, terutama mengenai kelahiran disertai dengan hujan rebut, kilat, petir serta suasana alam yang luar biasa.

Contoh: Hikayat Malim Deman.

Kisah awal menceritakan asal-usul Malim Deman. Baginda putera kepada Raja Malim Dewa yang memerintah Bandar Muar. Ketika bonda Malim Deman akan melahirkan Malim Deman ke dunia, suasana alam dengan serta-merta berubah, air pasha penuh, berbunyi genta, rebut dan taufan turut serta menandakan akan lahir seorang yang perkasa.

b) Bahagian Pengembaraan.

Dalam bahagian ini, cerita penglipura mengisahkan mengenai sebab-sebab anak raja mengembara serta kisah-kisah yang berlaku sewaktu berbagai-nagai rintangan, berlakunya peperangan dengan musuh-musuh, perkahwinan, cabaran dan kesusahan yang dideritai oleh anak raja, sebelum berjaya mencapai yang dihajaiti.

Contohnya: Hikayat Halim Deman.

Menceritakan sebab-sebab Malim Deman keluar dari Istana, kerana ingin mencari isteri yang dinyatakan dalam mimpi baginda. Malim Deman bermimpi seorang tua yang berjanggut putih menyuruh baginda keluar mengembara ke hulu Sungai Muar. Di sana baginda akan bertemu denga puteri kayangan bernam Puteri Bong yang akan menjadi isterinya nanti.

c) Bahagian selepas pengembaraan (bahagian akhir cerita)

Kisah-kisah selepas menghadapi rintangan dalam masa pengembaraan. Membawa kejayaan watak utama dalam mencapai hajat atau tujuan pengembaraan. Watak utama berjaya memperolehi hidup bahagia dan gembira dengan kerajaan yang besar dan penih dengan kemegahan.

Contoh: Hikayat Malim Deman.

Watak utama Malim Deman Berjaya mendapatkan isterinya Puteri Bongsu, sebelum pulang ke istan di Negeri Bandar Muar. Malim Deman berkahwin dengan anak Raja Jin Islam bernama Tuan Puteri Turus Mata. Mereka kembali ke istana dan memerintah kerjaan yang besar.

Kesimpulan

Sebahagian besar daripada cerita penglipura bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati dan peperangan. Wira sangatlah ditonjolkan. Jelasnya percintaan kesaktian wira dan pengagungan wira adalah tema cerita-cerita penglipura.

FUNGSI CERITA PENGLIPURA

Fungsi utama cerita penglipura dalam masyarakat Melayu tradisional ialah:

1. Berfungsi sebagai ‘alat’ hiburan

- Dapat memberikan kelapangan fikiran kegembiraan.

§ Fungsi ini jelas – tukang-tukang cerita dengan diiringi irama dan lagu yang menarik, gaya bercerita, cara berpakaian.

§ Isi cerita – mengenai kecantikan, kemewahan, kelebihan anak-anak raja, sifat gagah berani, kebijaksaan menentang musuh serta alam kayangan di luar daripada kehidupan manusia biasa.

§ Mendengar cerita-cerita ini dapat meringkan penat lelah setealh sehari berkerja di siang hari.

§ Keistimewassn tukang-tukang cerita berperanan penting menarik perhatian pendengar serta berupaya member kesan hiburan yang menarik dan indah.

2. Sebagai Alat Pengajaran dan Pendidikan Moral

Antara nilai-nilai moral dan etika yang ditonjolkan ialah:

i. Sifat hormat kepada Ibubapa dan orang tua.

ii. Sifat tanggungjawab pemimpin (raja)

iii. Sifat-sifat patriotic dan cintakan tanahair.

iv. Hubungan harmoni dan mesra antara golongan raja dan rakyat.

v. Berbuat baik kepada ibubapa dan kepada mereka yang tidak bernasib baik.

vi. Sifat berdikari dan mencari untung.