Halaman

Rabu, 12 Mei 2010

Legenda

Definasi: Lagenda dikenali sebagai dogengan sejarah, kerana cerita lagenda selalunya mengenaii seseorang tokoh yang terkenal pada sesuatu tempat. Masyarakat percaya bahawa tokoh tersebut pernah hidup dan wujud dalam sejarah. Kebenaran sejarah cuba dibuktikan dengan mengaitkan beberapa kesan ditempat tersebut yang menarik dan memang wujd hingga masa sekarang. Tokoh lagenda merupakan tokoh seorang pahlawan yang tidak ada tolok bandingannya. Dari itu tokoh ini diberi sepenuh kebanggaan masyarakat setempat. Tokoh ini amat istimewa mempunyai kelebihan yang tinggi dan bersifat kudus serta suci.

Pengolongan Tokoh Legenda

Terdapat beberapa jenis tokoh lagenda yang digolongkan kepada:

i. Legenda Kepahlawanan

Terdiri daripada Hang Tuah, Tun Perak, Tun bija Sura. Mereka merupakan tokoh pahlawanan terbilang zaman kerajaan mereka.

ii. Legenda Keagamaan

Tokoh Nabi dan alim ulama Islam. Nabi Khaidir, Nabi Yusuf, Sayyid Abdul Aziz.

iii. Legenda Pejuang Negara

Datok Bahaman, Tok Janggut, Panglima Hitam, Dol Said Naning.

iv. Legenda Antarabangsa

Nabi Sulaiman, Iskandar Zulkarnain, Puteri Balkis, Saidina Ali.

v. Legenda Lain-lain (setempat (nusantara))

Puteri Saadong, Puteri Dayang Bunting, Mahsuri.

vi. Legenda Pendosa

Si Tanggang, Nahkoda Manis, Malin Kundang.

I. Contoh: Legenda Kepahlawan

Keistimewaan Hang Tuah seorang pahlawan terbilang, tidak ada pahlawan lain yang boleh menandingi keperwiraannya, sangat berani, sejak berumur 10 tahun bersama rakannya.

ü Berjaya mengalahkan lanun.

ü Berjaya menyelamatkan Bendahara Melaka (Tun Bija Sura) dengan mem yang bunuh orang mengamuk dengan sebilah kapak.

ü Bijak bermain senjata, kelebihan luar biasa, memiliki keris Taming Sari dan tidak lut (kebal) bermain senjata.

ü Sangat taat setia kepada raja. Misalnya melarikan Tun Teja dari Pahang.

ü Hang Tuah seorang diplomat, wakil kerajaan Melaka bijaksana, boleh bertutur dalam berbagai bahasa, pernah dihantar ke China, Keling, Siam dan Rom.

ü Mempunyai paras rupa yang lawa, gilang-gembilang, ramai wanita tergila-gilakan Hang Tuah.

II. Contoh : Legenda Keagamaan

Keistimewaan nabi Khaidir seorang Nabi yang mempunyai kebolehan luar biasa dan tidak ada tandingannya. Kisah Nabi Khaidir ada disebut dalam sejarah Melayu.

ü Nabi Khaidir mewalikan perkahwinan Raja Iskandar Zulkarnain dengan Puteri Syahrul Beriah.

ü Ia mempunyai kebolehan – mengetahui perkara yang berlaku pada masa akan dating atau hal yang menimpa yang tidak mungkin dijangka oleh manusia biasa dengan pandangan dan fikiran biasa. Misalnya Kisah Nabi Khaidir meminjam sebuah perahu untuk menyeberang sungai. Apabila ia sampai ke seberang, Baginda telah memecahkan perahu orang itu. Apabila ditanya mengapa Baginda telah mengkhianti perahu orang itu, maka Nabi Khaidir menyatakan bahawa jika perahu itu tidak dimusahkan ia akan digunakan oleh penyamun-penyamun ke seberang sungai untuk merompak dan menyamun. Sebelum berlaku perahu itu perlu dimusnahkan jelas kelebihan Nabi Khaidir.

III. Contoh: Lagenda Pejuang Negara

Keistimewaan Datok Bahaman – terkenal dengan kepahlawanan dan keberanian yang tinggi dalam menentang perlaksaan system Resident British di Pahang. Beliau tidak gentar berjuang. Ia mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi dan dikatakan tidak lut senjata (kebal).

IV. Contoh: Lagenda Setempat

Keistimewaan Mahsuri – lebih daripada manusia biasa. Darah Mahsuri berwarna Putih. Sumpahan Mahsuri berlanjutan dan dipercayai benar terjadi – Pulau Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama 7 keturunan.

Fungsi Cerita-cerita Lagenda

Terdapat beberapa fungsi cerita-cerita legenda dalam masyarakat Melayu:

1. Untuk menguatkan / mengukuhkan kepercayaan anggota masyarakat terhadap sesuatun tokoh dan peristiwa yang bercorak sejarah.

2. Sebagai kebanggaan dan dijadikan teladan dan panduan kepada masyarakat tentang kepahlwanannya dan kegagahannya. Misalnya, tokoh Hang Tuah menjadi kebanggaan bangsa Melayu; kata-kata Hang Tuah ”Tak Melayu Hilang Didunia’ menjadi sebutan orang Melayu.

3. Untuk menyanjungi keturunan tokoh-tokoh legenda sebagi orang yang gagah dan mulia.

4. Untuk mengingati serta mengenang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam masyarakat melayu seperti keagongan kesultanan Melayu Melaka.

5. Untuk dijadikan sebagai idola/ modal seorang pahlawanan dan pemimpin bangsa untuk dicontohi oleh masyarakat.

6. Untuk menguatkan keyakinan orang Melayu terhadap agama Islam (khasnya cerita-cerita legenda pengaruh Islam. Disamping itu untuk menggantikan legenda yang bersumber dari kepercayaan hindu-buddha).

7. Sebagai media untuk pendidikan bagi masyarakat melayu tradisional, khasnya cerita-cerita lagenda Pendosa. Biasanya cerita-cerita ini bersifat didaktik untuk menjadi ingatan dan teladan kepada anak-anak supaya tidak melakukan penderhakaan kepada ibubapa.

8. Fungsi cerita-cerita legenda juga bertujuan menjdai teladan kepada ibubapa agar tidak harus menunjukkan rasa kasih yang berlebihan kepada anak, terutama anaka tunggal. SIkap ibubapa ini akan membawa kesan buruk kepada jiwa anak-anak.

Kesimpulan:

Tokoh-tokoh legenda dengan memasukkan unsur-unsur metos, dogeng dengan tujuaan membesar-besaran keistimewaannya. Menunjukkan kelebihan tokoh sehingga menjadi kebanggaan – bertujuan sebagai teladan dan panduan kepada masyrakat – kemudian menjadi wira kebangsaan yang dibanggakan.

Rujukan: Nota

0 ulasan: